Nurazira binti Mohd Wahab (A18HA0184)
Nur Syahirah binti Jaini (A18HA0176)
Sejarah Pengkomposan
Pengkomposan diperkenalkan sejak Empayar Rom lagi dan keadah ini telah diamalkan secara meluas pada beberapa abad yang lalu oleh para petani bagi menghasilkan bahan penambahbaik untuk tanaman. Secara tradisional, pengkomposan dilakukan dengan menimbun bahan organik sehingga musim penanaman seterusnya. Bahan-bahan kompos yang telah terurai tersebut sedia digunakan pada tanah. Kaedah ini sesuai dilakukan di kawasan beriklim sederhana. Sebagai contoh, pada zaman awal tamadun manusia, para petani di Amerika Selatan, China, Jepun dan India telah menghasilkan baja kompos dengan melonggokkan sisa najis haiwan dan manusia kemudian dibiarkan mereput dalam jangka masa yang panjang. Keadah ini tidak memerlukan masa dan usaha yang lebih kerana ianya sangat mudah untuk dilakukan. Namun, ruang penghasilan kompos tersebut yang telah digunakan dalam jangka masa yang panjang menyebabkan sesetengah zat mungkin larut akibat terdedah kepada hujan dan penyebab kepada penyakit apabila kehadiran serangga tidak dapat dikawal.
Vermicomposting
Apa itu Kompos?
Kompos ialah bahan-bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula dijadikan sebagai baja yang boleh memperbaiki struktur tanah dan digunakan untuk tanaman terutamanya tanaman jenis jangka pendek seperti sayuran. Ia merupakan bahan utama dalam pertanian organik dan terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan. Pengkomposan ialah proses untuk menghasilkan kompos. Pengkomposan boleh dilakukan secara tradisional dan moden. Pada asasnya atau secara tradisional, pengkomposan hanya dilakukan dengan menimbunkan buangan sisa-sisa organik seperti sisa makanan,sayuran dan najis haiwan yang telah reput di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dalam tempoh enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden pula menggunakan beberapa langkah proses yang perlu dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Sisa organik dibiar merosot dalam keadaan terkawal dengan bantuan bakteria dan kulat. Proses ini mengurangkan isipadu bahan kepada 50%, menstabilkan dan menjadi bahan boleh kitar semula (kompos atau humus) yang digunakan sebagai penstabil atau pemulih tanah, kurang popular sebagai baja. Pada masa kini, pengkomposan diperlukan bagi pembangunan proses kejuruteraan rawatan inovatif untuk menstabilkan bahan buangan, mengurangkan bau dan menguruskan nutrien sambil menjimatkan masa dan ruang.
Penyediaan baja kompos yang berkualiti
Kualiti baja kompos bergantung dengan cara pembuatannya dan bahan yang digunakan. Antara faktor yang diambil kira sebelum membuat baja kompos yang baik ialah:
1) Pemilihan kawasan untuk membuat kompos
ØMempunyai pondok atau bangsal yang mempunyai bumbung agar ia tidak terkena hujan atau panas.
ØPermukaan lantai hendaklah keras atau lantai konkrit atau jenis kayu.
ØKawasannya yang dikelilingi parit supaya air hujan tidak masuk ke dalam longgokan kompos.
2) Berdekatan sumber air
ØAir sangat penting untuk membasahkan baja kompos bagi memastikan proses pereputan berlaku.
ØAir yang tidak mencukupi menyebabkan kompos rosak.
3) Peralatan membuat kompos mestilah mencukupi
ØPeralatan tersebut ialah seperti cangkul, penyodok, plastik atau guni penutup, baldi, pangkis, mixer, kereta sorong dan sebagainya.
4) Proses membalikkan longgokan yang betul
ØLonggokan yang betul dapat memastikan pereputan berlaku dengan baik.
ØProses membalik dan gaul ini perlu dilakukan setiap dua tau tiga minggu sekali.
ØProses menggaul perlu diulang dua ke tiga kali sepanjang proses pembuatan kompos.
ØKompos hanya boleh digunakan selepas tiga bulan proses pembuatanya.
Kebaikkan kompos
Bahan-bahan yang sesuai dijadikan kompos
Bahan-bahan yang sesuai dijadikan baja kompos amat mudah untuk didapati, namun bukan semua bahan buangan boleh dijadikan sebagai baja kompos. Bahan buangan terdiri daripada dua kategori iaitu bahan buangan hijau dan bahan buangan coklat.
Sisa buangan hijau mengandungi kandungan nitrogen dan kadar kelembapan tinggi. Bahan ini juga cepat dan mudah untuk dikompos. Antara bahan buangan yang tergolong di dalam bahan sisa hijau ialah sayur dan buah, sisa daging lembu, ayam dan ikan, tulang ikan, kulit udang, keju, kulit telur, daun teh, serbuk kopi, pokok atau daun yang telah dicantas, bunga yang telah layu, rumpai, nasi, pasta dan batang jagung.
Buah-buahan yang mempunyai kandungan asid seperti limau tidak digalakkan untuk dijadikan baja kompos. Hal ini kerana, kandungan asid akan merosakkan kultur baja kompos.
Bahan buangan coklat pula mengandungi karbon yang merupakan medium pengudaraan di dalam struktur bahan kompos. Bahan di dalam kategori ini mereput secara perlahan. Oleh itu, bahan-bahan ini digalakkan untuk dipotong sebelum diletakkan di dalam bekas atau mesin kompos. Antara bahan sisa coklat ialah, kertas terpakai, kotak, habuk kayu, daun kering, dahan kayu dan ranting, kulit kekacang, tisu, dan kertas penuras mesin kopi.
Kaedah pengkomposan
‘Onsite composting’
Onsite composting ialah kaedah pengkomposan yang menukarkan sisa organik seperti sisa makanan dan sisa daun kering menjadi kompos di satu kawasan seperti halaman belakang. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk mengompos dalam kuantiti yang besar. Sisa daun kering akan terurai secara semula jadi dan mengembalikan nutrien kembali ke tanah. Onsite composting ini juga menyimpan daun kering secara longgokan yang boleh digunakan sebagai sungkupan di sekitar pokok dan semak untuk mengekalkan kelembapan.
Vermicomposting
Vermicomposting adalah satu kaedah pengkomposan secara bioteknologi dimana menggabungkan peranan cacing kompos/cacing tanah dan mikroorganisma pengurai bagi mempercepatkan proses pengomposan. Baja kompos yang terhasil dikenali sebagai baja vermikompos. Baja ini adalah tahi cacing yang terhasil apabila cacing kompos memakan bahan-bahan organik dari sisa pertanian.
Aerated (turned) windrow composting
Kaedah ini melibatkan pembentukan sisa organik di dalam barisan longgokan panjang yang dipanggil sebagai "windrows" dan perlu mengudarinya secara berkala dengan membalikkan longgokan secara manual atau mekanikal. Ketinggian longgokan yang ideal adalah antara empat hingga lapan kaki dengan lebar 14 hingga 16 kaki. Longgokan ukuran ini cukup besar untuk menghasilkan haba yang cukup dan mengekalkan suhu, dan juga cukup kecil untuk membolehkan oksigen mengalir ke teras “windrows”.
Kaedah ini boleh menampung pelbagai sisa yang banyak seperti sisa daun kering, minyak, cecair dan sisa haiwan seperti sisa ikan dan unggas. Kaedah pengkomposan ini menghasilkan kompos dalam kuantiti yang besar, contohnya yang dihasilkan oleh komuniti dan akan dikutip oleh kerajaan tempatan, dan perniagaan pemprosesan makanan seperti restoran, kafetaria, dan kilang pembungkusan. Kerajaan tempatan akan mengambil hasil kompos kemudian dijual kepada penduduk dalam kos yang rendah atau secara percuma.
Aerated Static Pile Composting
Aerated static pile composting menghasilkan kompos dengan cepat dalam tempoh tiga hingga enam bulan sahaja. Kaedah pengkomposan ini sesuai untuk campuran sisa organik yang bersifat homogen, sisa daun kering yang banyak dan sisa pepejal bandaran yang boleh dikomposkan seperti sisa makanan dan produk kertas. Walaubagaimanapun, sistem pengkomposan ini tidak sesuai mengompos sisa haiwan dan minyak dari industri pemprosesan makanan.
Kaedah pengkomposan ini mencampurkan semua sisa organik dalam satu longgokan yang besar dan bukannya dalam barisan. Untuk mengudarakan longgokan ini, sisa seperti serpihan kayu dan keratan kertas dicampurkan agar udara boleh melalui dari bawah hingga atas longgokan kompos. Longgokan kompos itu juga boleh diletakkan di atas jaringan paip yang mengalirkan udara ke dalam atau menarik udara keluar dari longgokan itu. Mesin peniup udara atau ‘air blower’ boleh diaktifkan oleh catatan masa atau ‘timer’ dan sensor.
In-Vessel Composting
In-vessel composting dapat memproses sampah dalam jumlah yang besar tanpa mengambil ruang yang besar seperti kaedah ‘windrows’ dan dapat menampung hampir semua jenis sisa organik seperti daging, najis haiwan, biolsolids dan sisa makanan. Kaedah ini melibatkan penyimpanan bahan organik ke dalam tong dram, silo, parit konkrit atau peralatan lain yang sesuai. Ini membolehkan pengawalan terhadap suhu, kelembapan dan aliran udara yang baik. Bahan sisa organik akan dibalikkan secara mekanikal atau dicampurkan untuk memastikan bahan tersebut mendapat pengudaraan yang baik.
Kaedah ini dapat menghasilkan kompos hanya dalam beberapa minggu sahaja. Ia memerlukan beberapa minggu atau bulan lagi sehingga ianya siap untuk digunakan kerana aktiviti mikrob perlu diseimbangkan dan longgokan perlu disejukkan.
Cara membuat kompos di rumah
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bahan coklat (karbon) seperti dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, kotak dan kertas.
2. Bahan hijau (nitrogen) seperti rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja lembu, tinja kaming dan hampas teh atau kopi.
3. Bahan tambah seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
4. Air untuk menyiram.
Langkah-langkah membuat kompos:
1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan coklat dan bahan hijau di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga lapiskan di dalam bekas yang sesuai seperti kotak polysterine.
2. Setiap lapisan pada setiap lapisan kompos sehingga lembap.
3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Dicadangkan setiap dua hari sekali.
4. Kompos akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau sehingga setahun.
Masalah dan penyelesaian yang berlaku dalam penyediaan baja kompos
20 Comments
well donee
ReplyDeleteThank you (:
DeleteVery informative. good job
ReplyDeleteThank you for supported (:
Deletemenarik
ReplyDeleteHopefully maklumat dapat membantu (:
Deleteterbaikkk
ReplyDeleteTerima kasih (:
Deletemaklumat yang sangat berguna ��
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca ! ^^
DeleteInfo yang berguna. Sangat membantu!
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca (:
DeleteSelamat mencuba ! Terima kasih kerana membaca (:
ReplyDeleteMenarik.. maklumat yg sngt bagus
ReplyDeleteTerima kasih ! semoga bermanfaat ^^
Delete👍👍
ReplyDeleteBanyak maklumat berguna dan penulisan yang menarik! ��
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca ^^
DeleteMenarik
ReplyDeleteTerima kasih 😊
Delete