Jenis dan Rekabentuk Fertigasi (tergantung dan bantal)

Muhamad Alif Bin Rosadlan  (A18KM0166)
Muhammad Bazil bin Mohamed Isa (A18KM0217)


Apakah fertigasi gantung?

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten. Fertigasi gantung merupakan satu kaedah tanaman secara fertigasi yang kini semakin popular dijalankan oleh beberapa petani secara komersil. 

Apakah tanaman untuk fertigasi gantung?

Teknologi ini pada asasnya sesuai untuk tanaman sayur dan buah buahan seperti timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Terdahulu fertigasi gantung ini hanya dikatakan sesuai untuk tanaman jenis menjalar seperti timun kerana kurang penyelenggaraan. Ini kerana timun merupakan tanaman yang lasak dan kurang maintainance. Walaupun dikatakan teknik ini tidak sesuai untuk tanaman rock melon, terung dan cili tetapi kini sudah menjadi kenyataan apabila tanaman tersebut sesuai ditanam dengan cara ini. Sesetengah petani menanam terung bulat (eggs plant), terung panjang, terung Hijau, cili besar, cili padi dan sebagainya. 


Reka bentuk dan kaedah penggunaan


Rekabentuk tiang yang kukuh amat penting disediakan agar struktur fertigasi gantung ini tahan lasak dan tanah lama. Lazimnya tiang kayu utama berukuran 4"x4"x10' dipasang disokong dengan kayu tiang tengah berukuran 2"x4"x10' dengan disokong oleh dawai bersaiz kasar. Dalam keadaan cuaca biasa lazimnya struktur ini bertahan sehingga beberapa tahun. Struktur utama fertigasi jenis ini ialah para. Para-para yang dibina dengan menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong sering dilakukan. Sistem para dipasang dengan kukuh untuk menggantung beg semaian dan sistem pengairan menggunakan PE tubing. 

Polibeg digantung dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah tertigasi terbuka biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani. Lazimnya fertigasi biasa menggunakan polibeg dan tidak mempunyai para dan hanya diletakkan dibawah sahaja. Jika ada Struktur Pelindung Hujan (SPH) diatasnya maka para ini diikat dengan tiang SPH dan ini memberikan kelebihan daripada kesan air hujan masuk kedalam polibeg dan media tanaman. SPH yang mempunyai bumbung diatasnya adalah kawasan agak ideal untuk sistem fertigasi gantung walaupun kosnya adalah tinggi. Cara menanam fertigasi gantung dikawasan terbuka juga amat praktikal dilaksanakan.

Untuk penggunaan baja, baja larutan fertigasi (baja fertigasi set A+B) dipam masuk melalui PE tubing yang dipasang bersambungan antara beg semaian dan mempunyai ‘nipper’ pada setiap pokok. Kekerapan pembekalan air baja fertigasi adalah mengikut kadar yang disyorkan dan bergantung kepada cuaca semasa. Kebiasaannya pembajaan dibuat tiga hingga enam kali sehari dan diulangi dengan air selepas dua hingga tiga jam pembajaan dibuat. Penggunaan baja organik seperti asid amino dan plant booster mampu meningkatkan lagi kualiti tanaman dan pulangan hasil. Tunas yang baru keluar perlu dididik untuk menjalar di atas para dawai yang disediakan. Penuaian mudah dijalankan kerana hasil dapat dilihat dengan mudah dan senang untuk dikutip.



Kelebihan dan kelemahan.

Fertigasi gantung seringkali dilakukan untuk kawasan berisiko banjir dan juga di kawasan yang sering dilanda musim tengkujuh terutamanya di negeri-negeri pantai timur yang sering dilanda banjir saban tahun. Selain itu, penggunaan fertigasi gantung juga amat sesuai dilakukan di kawasan yang kurang subur. Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvensional.

Sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani apabila jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus. Hasil dapat dipungut dengan mudah, cepat kerana kedudukan beg semaian lebih tinggi dan jangka hayat tanaman lebih lama. Risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’ juga dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancer. Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa.

Walau bagaimanapun, kos pembinaan awal fertigasi gantung amat tinggi dan boleh dikatakan hampir tiga kali ganda daripada kos fertigasi biasa di atas tanah. Kawasan penanaman fertigasi gantung lazimnya adalah kawasan lapang yang terdedah kepada tiupan angin ribut. Ribut merupakan salah satu risiko yang akan dialami oleh petani yang menjalankan penanaman sayuran secara fertigasi gantung. Mereka akan kerugian besar jika struktur fertigasi gantung ini tumbang serta musnah kerana kos menyediakan fertigasi gantung ini sekitar RM20,000 seekar (0.4 hektar).

Beban yang terdiri daripada polibeg yang mengandungi media dan buah serta daun yang basah menyebabkan beratnya berganda. Akibatnya ada dawai pengikat tiang yang tercabut atau terputus dan ini menyebabkan seluruh sistem para fertigasi gantung tidak stabil dan tumbang. Kejadian struktur fertigasi gantung tumbang selalunya berkait di mana ia akan menjejaskan keseluruhan atau sebahagian besar struktur yang dibina. Kerugian yang dialami oleh petani amat besar kerana pokok di dalam polibeg akan musnah dan petani terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk memperbaikinya.






Apakah fertigasi bantal?

Fertigasi bantal merupakan fertigasi yang kelihatan seperti bantal gitam dan disusun diatas batas yang berasaskan plastik ‘Silvershine’ seakan sebuah tilam.

Kelebihan dan kekurangan fertigasi bantal;

Fertigasi bantal dapat memperoleh hasil yang tinggi dan segeraman yang baik. Contoh yang dapat diambil seperti buah peria dihasilkan lebih kualiti,bersaiz besar dan ketahanan pokok yang lama. Selain itu,ia mampu menjamin pendapatan lumayan bagi petani.Kajian ini telah diselidik oleh penilitian penulis yang menjanjikan penghasilan yang diperolehi tinggi.

Selain itu,fertigasi bantal ini mudah dijaga dari serangga rosak dengan kaedah semburan bahan kimia.Hal ini telah dibuktikan bahawa dibeberapa telah dilakukan pada kuntum bunga mendapati tiada seekor pun kutu thrips yang wujud dikawasan tersebut.Selain itu, kaedah lain seperti memasang perangkap feromon dan membuang buah yang gugur ditanah.Justeru,fertigasi bantal dapat mengurangkan masa dan kerisauan petani daripada dirosakkan oleh serangga perosak.

Terdapat juga kekurangan  pada fertigasi bantal iaitu kos, walaupun mudah diperihala daripada serangga perosak.Kos yang diperlukan ialah untuk menyediakan dan memasang perangkap tersebut,Malahan juga,kos juga diperlukan untuk menyediakan infra sistem fertigasi untuk membuat air baja dan disalurkan kepada semua bantal.Tambahan lagi,pemeriksaan perlu dilakukan setiap bantal pada setiap masa bagi memastikan menerima secukupnya larutan air baja kerana tanaman mungkin gagal tumbuh dengan baik jika gangguan pada sistem pembajaan pengairan.




Cara-cara fertigasi bantal;



Keperluan bagi fertigasi ini adalah plastic besar yang diisi cocopeat dan media campuran .Seterusnya, kedudukannya diletakkan ditengah batas tanaman dengan jarak 1.0m - 1.5m bergantung kepada kecerunan dan kedudukan tanah. Bantal ini diletakkan betul-betul dibawah jajaran tiang junjung yang dipasang jaring atau pukat. Seterusnya, setiap lubang diletakkan dua anak benih yang akan naik mengikut pukat dan akan memenuhi ruang. Permukaan atas bantal dilubangkan 0.5cm bagi membolehkan air hujan masuk bagi menjaga kesuburan tanah dan seterusnya akan terdapat setiap lubang disediakan paip yang membekalkan air baja.

Tambahan lagi,ditengah lubang tersebut diletakkan dripper bagi mengalirkan bekalan air baja.Bagi tujuan fertigasi,terdapat beberapa tangki yang dipenuhkan dengan campuran set baja A dan B dimana akan dengan injin selama 1-2jam dengan kekerapan dua kaloi sehari iaitu pada pagi dan siang.

Seterusnya,pada bahagian bawah bantal dibuat lubang sekitar 20cm X 20cm untuk membolehkan akar pokok terus kedalam tanah batas yang mana plastic silvershine juga ditebuk lubang yang sama saiznya.

Gambaran Fertigasi Bantal


0 Comments