Pengenalan
- Kursus ini secara terperincinya bertujuan untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat serta kemahiran beretika dalam diri pelajar. Pembelajaran sepanjang hayat diukur melalui pertambahan pengetahuan tentang kemahiran dalam pertanian secara teori dan memberi pengalaman kepada komuniti dalam cara pembiakan tanaman, pengurusan tapak semaian dan penyelenggaraan tanaman sayuran di atas tanah secara amali atau teknikal. Pelajar didedahkan kepada proses tanaman secara fertigasi di samping teknologi pertanian moden yang lain. Melalui kaedah pembelajaran servis, pelajar mempraktikkan pengetahuan pertanian dalam usaha membantu komuniti setempat di samping mempelajari kemahiran bermasyarakat serta menerapkan etika dan profesionalisme sepanjang pelaksanaan program tersebut. Penerapan kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan dalam kalangan pelajar juga dipraktik dalam menjayakan program tersebut.
- Idea untuk menjalankan program ini diperoleh melalui lawatan pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Skudai. Pelajar mendapat idea untuk menyampaikan ilmu pertanian yang berguna ini kepada pelajar di kawasan tersebut. Hasil daripada perbincangan pelajar dan pensyarah, kami memutuskan untuk membuat satu perkongsian mengenai cara penjagaan tanaman dan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan di dalam kelas kemahiran pertanian bersama-sama pelajar sekolah di dalam satu halaman blog.
T E M A
Memperkenalkan ilmu tentang sistem pertanian moden kepada pelajar-pelajar yang bersesuaian dengan generasi mereka dengan menggunakan teknologi moden malah mudah dan menyenangkan mereka untuk menjaga tanaman daripada anak pokok hingga besar melalui media massa iaitu halaman blog
Antara objektif pelaksanaan program ialah;
· Melatih mahasiswa tentang aspek perancangan dan pelaksanaan sebagai pengetahuan berguna yang dapat melengkapkan diri sebagai pemimpin generasi yang serba boleh pada masa hadapan.
· Memberi pendedahan mahasiswa kepada semangat bekerjasama dan boleh bekerja dalam satu pasukan.
· Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang isu-isu penting berkaitan dengan pembangunan negara melalui penglibatan bersama komuniti dalam alam sekitar dalam projek khidmat komuniti
0 Comments