Muhammad Shazreen bin Norsham (A18KM0273)
Muhamad Afiq bin Zulkarnain (A18KM0164)
Sistem Fertigasi Terbuka – pengenalan
Apa itu sistem fertigasi terbuka ?
Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Kaedah fertigasi menjalankan pembajaan dan pengairan tanaman pada waktu yg sama. Sistem fertigasi, merupakan satu kaedah tanaman yang digunakan untuk mengurangkan risiko penyakit dan meningkat hasil terhadap tanaman. Fertigasi terbuka merupakan kaedah fertigasi yang tidak mengunakan struktur pelindungan hujan atau lebih dikenali sebagai SPH.
Rekabentuk fertigasi terbuka
Dalam fertigasi terbuka, terdapat dua jenis polibeg yang boleh digunakan iaitu polibeg bantal yang bersaiz 21” x 13’’ dan polibeg tegak bersaiz 16’’ x 16’’ adalah disyorkan. Tedapat dua pilihan warna polibeg iaitu hitam dah putih. Lebih digalakkan menggunakan warna hitam kerana menghalang cayaha dan lebih lasak daripada polibeg berwarna putih. Sistem fertigasi terbuka mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja, pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta mikro tiub yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Jarak antara baris yang disyorkan ialah 5” manakala jarak di antara polibeg ialah 1.5” dan disusun sebaris bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan timer.
Penyediaan tapak projek fertigasi cili
Proses pemilihan dan penyediaan tapak fertigasi terbuka merupakan langkah dalam penting dalam memastikan tanaman fertigasi berjaya. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai bekalan air bersih seperti air kolam, tasik, sungai mata air, air bawah tanah dan sumber-sumber lain. Bagi memastikan kualiti air sesuai untuk anak benih nilai pH air harus diperiksa terlebih dahulu mengunakan hertas litmus. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman ialah 5.5–6.5. Penggunaan air paip boleh digunakan bagi kawasan yang mempunyai kekurangan sumber air semula jadi. Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok adalah penting supaya pokok cili dapat mencapai pembesaran yang seragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, weedmat dibentangkan bagi mengelakkan tapak daripada ditumbuhi rumpai
Medium tanaman
Medium tanaman yang disyorkan untuk penggunaan tanaman fertigasi ialah 100% coco peat. Coco peat mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam. Walau bagaimanapun, pengusaha utara semenanjung seperti negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, mempunyai pilihan alternatif iaitu sekam padi bakar boleh digunakan sebagai medium. Medium sekam padi mudah diperoleh di ketiga-ketiga negeri tersebut dengan harga yang amat berpatutan. Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam. Polibeg kemudianya disusun selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm diukur dari dasar polibeg. Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien dari tangki larutan baja.
Kelebihan dan keburukan
Kelebihan fertigasi terbuka adalah pengurangan kos pembuatan struktur penlindungan hujan ( SPH). Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3–5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional.
Keburukan fetigasi jenis ialah tanaman tidak dapat diusahakan sepanjang tahu kerana tiada SPH. Tanpa SPH baja yang diberikan ke pokok menjadi cair apabila waktu hujan. Tanaman juga mengalami risiko tinggi untuk pendapat penyakit kulat seperti antraknos dan hawar pucuk.
Sistem Fertigasi Tertutup
Apa itu sistem fertigasi tertutup?
Penanaman menggunakan Struktur Perlindugan Hujan (SPH). Penggunaan SPH dapat melindungi tumbuhan dari hujan lebat dan panas matahari yang terik. Atap diperbuat dari plastic kalis UV dan rangka menggunakan kayu , paip besi atau benda yang kukuh.
Contoh SPH |
Reka bentuk sistem fertigasi tertutup.
1.1 Penyediaan tapak projek fertigasi
Pemilihan dan penyediaan tapak projek fertigasi merupakan langkah kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah projek penanaman cili fertigasi. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain. Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman cili ialah 5.5–6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Penggunaan air paip juga adalah sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok adalah penting supaya pokok cili dapat mencapai pembesaran yang seragam.Terlebih dahulu pemasangan SPH di tapak projek dapat melindungi tumbuhan dari hujan lebat dan panas matahari yang terik. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine atau weed suppresor dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek daripada ditumbuhi rumpai.
1.2Pemasangan sistem pengairan fertigasi
Bagi penanaman cili, dua jenis polibeg iaitu bantal dan tegak digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz 21” x 13’’ bagi polibeg bantal dan 16’’ x 16’’ bagi polibeg tegak adalah disyorkan. Penggunaan polibeg hitam lebih tahan lasak dan lama berbanding dengan polibeg putih. Sistem fertigasi bagi penanaman cili mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja (900 gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta mikro tiub yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Jarak antara baris yang disyorkan ialah 5” manakala jarak di antara polibeg ialah 1.5” dan disusun sebaris bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum anak pokok cili dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan timer.
Jenis Bentuk dan Kos Struktur Pelindungan Hujan (SPH)
Terdapat dua jenis SPH yang biasa digunakan di Malaysia iaitu :
1. Bentuk Mata Gergaji
2. Bentuk Terowong
Bentuk Gergaji
Bentuk bumbung menyerupai mata gergaji diperbuat daripada kayu beruti dan pemasangan dinding kalis serangga ( monofilm 600mesh diperbuat daripada plastik)bergantung kepada keupayaan kewangan.Kos untuk sebuah struktur ,berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar dan jaring kalis serangga ialah dalam linkungan RM 9,000.
Bentuk Terowong
Rangka diperbuat daripada besi atau bahan yang mudah dilentur dimana bentuk akhirnya seakan terowong.Bahan yang selalu digunakan ialah "galvanised iron".Buluh boleh digunakan tetapi jangka hayat penggunaannya tidak lama dan mudah rebah akibat tiupan angin yang kuat.Penggunaan "galvanised iron" memerlukan pelaburan jangka masa panjang.Harga untuk sebuah SPH berbentuk terowng yang berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar ialah dalam lingkungan RM25,000,termasuk jaring kalis serangga.
Faedah Penggunaan SPH
1. Perlindungan dari terkena hembapan hujan lebat
Hujan lebat mengakibatkan kerosakan fizikal dan fisiologikal terhadap sayur-sayuran yang ditanam secara terbuka .Dengan penggunaan SPH masalah ini dapat diatasi .Jesteru itu, Penghasilan sayur akan lebih terjamin kualitinya lebih baik dan seragam.
2. Pengurangan terikan pancaran sinar matahari
Sayur-sayuran beriklim sederhana tidak tahan kepada pancaran sinaran matahari yang terik dan berterusan .Mereka memerlukan 20% - 30% teduhan untuk pertumbuhan dan seterusnya memberikan hasil yang optimum dan berkualiti tinggi.
3. Pengawalan penyakit dan serangga
Pelindungan hujan dapat memberikan keberkesanan penggunaan racun serangga dan racun kawalan penyakit kerana keadaan lembapan sekeliling dapat dikawal.Ini akan mengurangkan kos penggunaan racun.
4.Pengawalan Rumpai
Dibawah SPH ,kelembapan tanah yang berlebihan akibat hujan dapat dihindarkan.Ini disebabkan penggunaan sistem pengairan yang terkawal dengan hanya memberikan kelembapan yang optimun untuk pertumbuhan sayur-sayuran yang diusahakan sahaja.Dengan ini masalah pengawalan rumpai dan kos mengawalnya dapat dikurangkan.
5.Sisabaki Racun Perosak Yang Rendah
Dengan penggunaan racun perosak yang lebih berkesan,kandungan sisa baki yang terdapat dalam sayur-sayuran dapat dikurangkan.Dengan ini masalah sisa baki racun juga dikurangkan.
6.Pengurusan Dan Penggunaan Tenaga Kerja Yang Berkesan
Buruh dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan .Kerja-kerja yang sudah dirancang dapat dijalankan walaupun dimasa hujan. Dengan ini kos buruh akan lebih efisien.
Kesimpulan
Kaedah penanaman secara fertigasi terbuka merupakan suatu alternatif kepada pengusaha tempatan untuk mengaplikasikan teknologi fertigasi bermodalkan wang yang sedikit. Dengan
pengurusan tanaman yang berkesan sistem fertigasi terbuka ini dapat menjamin pengeluaran hasil tanaman yang tinggi. Dengan pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan, penanaman fertigasi secara terbuka mampu menjadi pilihan utama kepada pengusaha yang mempunyai modal kecil.
pengurusan tanaman yang berkesan sistem fertigasi terbuka ini dapat menjamin pengeluaran hasil tanaman yang tinggi. Dengan pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan, penanaman fertigasi secara terbuka mampu menjadi pilihan utama kepada pengusaha yang mempunyai modal kecil.
2 Comments
Sangat bermanfaat info2 yg ditayangkan, terima kasih ia sgt membantu
ReplyDeleteSemoga ilmu ini bermanfaat. Terima kasih kerana membaca ^^
Delete