Falsafah & Prinsip Pertanian Organik

Deepika Das (A18KT0055)
Sharan Kumar a/l Sures Kumat (A18KM0365)


Falsafah Pertanian Organik

        Pertanian telah mengalami pelbagai perubahaan sejak zaman dahulu dari segi pertanaman, pembajaan dan ekonomi. Pertanian telah menjadi punca utama dalam kebangkitan tamadun, menjadi sumber utama makanan. Walaupun, kelebihan keperluan makanan telah meningkat dengan masa, dan pertanian juga dipaksa untuk mengalami revolusi dengan bantuan sains pertanian. Kelebihan keperluan makanan membawa kepada penggunaan bahan kimia dalam pertanian untuk meningkatkan penghasilan bilangan makanan yang lebih dalam masa yang singkat. Revolusi ini mendapati kritik negatif daripada ramai dan ia bukan tidak benar. Penggunaan kimia dalam pertanian boleh membahayakan kesihatan dan mengurangkan kesuburan tanah. Sebagai alternatif, pertanian organik digunakan untuk mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam pertanian sejak abad ke-20.

        Pertanian organik juga didefinisikan sebagai penghasilan makanan holistik yang mana meningkatkan kualiti dan kesihatan ekosistem. Melalui kaedah holistik ini, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio-semulajadi, kepelbagaian bio-pertanian dan juga aspek pemuliharaan tanah. Pertanian organik mengelakkan penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun perosak dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Permintaan untuk hasil pertanian organik mulai meningkat di pasaran dan rakyat sedar tentang manfaat-manfaat yang diperolehi daripada makan hasil daripada pertanian organik. Pertanian kekal sebagai sektor utama dalam pembangunan ekonomi negara dan pertanian organik amat penting untuk memastikan keselamatan makanan dan memulihara sumber semula jadi. Pertanian organik amat penting dalam menjaga alam sekitar daripada pencemaran alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah berasid, pencemaran sungai akibat penggunaan baja yang berlebihan dan semestinya menjejaskan kesihatan manusia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu mengamalkan pertanian organik dengan meningkatkan kesedaran rakyat sekalian berapa penting pertanian organik dalam kehidupan harian kita.


        Pertanian organik lama diamalkan di Malaysia, apabila petani menggunakan baja daripada produk sampingan pertanian yang mempunyai material yang lebih organik. Pertanian organik komersial baru di Malaysia dan mempunyai industri yang kecil berbanding dengan pertanian konvensional. Pertanian organik di Malaysia telah dimulakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajan (NGO) dan pengaruh gerakan serta organisasi alamsekitar yang mempunyai kesedaran atas kesan penggunaan kimia dalam pertanian dan kepentingan pertanian organik sebagai sumber alternatif makanan yang sihat di Malaysia. Persijilan yang biasa diberikan dalam pertanian organik adalah Skim Organik Malaysia(SOM) dan National Association for Sustainable Agriculture, Australia (NASAA).

SOM merupakan program yang dibangunkan oleh Pembangunan Pertanian Malaysia untuk mengesahkan ladang organik yang beroperasi mengikut panduan dan kriteria yang telah ditetapkan. Manakala NASAA merupakan program yang berada di bawah pengesahan Australia yang diiktiraf oleh IOAS, organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang memberi akreditasi skim persijilan untuk pertanian organik. Justeru itu, Skim persijilan MyOrganik dan MyGap oleh Jabatan Pertanian Malaysia melaksanakan selaran dengan hasrat negara untuk menjadikan bekalan makanan sentiasa dalam keadaan terjamin dan selamat dimakan. 



Tujuan pertanian organik adalah untuk menghasilkan makanan bebas daripada bahan kimia. Tanaman bukan organik menggunakan pelbagai bahan kimia seperti baja dan racun serangga perosak untuk pukok tumbuh subur. Teknologi Pertanian Organik tidak menggunakan bahan kimia tetapi menggunakan haiwam ternakan untuk meningkatkan nutrien dalam tanah dam kesuburan tanah. Ternakan juga membantu untuk mengawal pertumbuhan rumput yang akan mengurangkan kesuburan tanah dan bersaing dengan tumbuhan untuk nutrisi. Seterusnya ialah, kawalan perosak organik dengan pemeliharaan jenis burung hantu supaya dapat mengawal haiwan perosak seperti tikus sepanjang masa secara semula jadi. Pembiakan serangga yang bermanfaat juga digalakkan dengan wujudnya tumbuh-tumbuhan yang sesuai yang menarik mereka. Serangga sebenarnya adalah pemangsa yang mengawal serangga berbahaya. Jenis-jenis tanaman khas yang dikenalpasti sebagai tanaman pendamping yang ditanam untuk mengawal perosak. Tanaman ini membantu dalam mengalihkan atau mengecilkan pembiakan perosak yang berbahaya. Racun perosak biologi seperti ekstrak neem berguna untuk mengawal pelbagai jenis perosak. Amalan putaran tanaman membantu dalam mengganggu kitaran pembiakan perosak, dengan itu menghalang pertumbuhan mereka dan melindungi tanaman. Tanaman ditanam di dalam rumah hijau yang dilindungi dan hujan yang terlindung, yang berfungsi sebagai penghalang yang berkesan terhadap kehadiran serangga perosak yang berbahaya. Selain itu, kaedah perladangan mesra alam telah mewujudkan habitat untuk pertumbuhan serangga yang bermanfaat seperti ladybugs dan labah-labah yang menjadi pemangsa semulajadi perosak.



Prinsip Pertanian Organik

  Prinsip-prinsip berikut merupakan dasar bagi pertumbuhan dan perkembangan pertanian organik. Prinsip-prinsip ini merangkumi sumbangan yang dapat diberikan oleh pertanian organik kepada dunia, dan merupakan sebuah visi untuk meningkatkan keseluruhan aspek pertanian secara global. Pertanian merupakan salah satu kegiatan paling mendasar bagi manusia kerana semua orang perlu makan setiap hari. Nilai-nilai sejarah,budaya dan komuniti menyatu dalam pertanian.
       Di samping itu, prinsip-prinsip ini menjadi panduan bagi pengembangan posisi, program dan mengikuti  standard yang telah ditetapkan oleh “International Federation of Organic Agriculture Movement” (IFOAM) dan diwujudkan dalam visi yang digunakan di seluruh dunia. Prinsip-prinsip yang telah dinyatakan harus digunakan secara menyeluruh dan digunakan secara beretika oleh tindakan yang diperlukan.







Pertanian organik haruslah melestarikan dan meningkatkan kesihatan tanah, tanaman, haiwan, manusia dan bumi sebagai satu kesatuan dan tidak patut dipisahkan. Kesihatan adalah syarat yang memastikan integriti dan kesinambungan sistem hidup serta perlindungan keseimbangan ekologi. Prinsip ini menunjukkan bahawa kesihatan setiap individu dan komuniti tidak dapat dipisahkan dari kesihatan ekosistem. Ekosistem tanah yang sihat akan menghasilkan tanaman sihat yang dapat memastikan kesihatan haiwan dan manusia sentiasa terjamin.

Seterusnya, kesihatan merupakan aspek yang tidak dapat diasingkan dari sistem kehidupan. Hal ini bukan sekadar bebas dari penyakit tetapi juga dapat dikaitkan dengan pemeliharaan kesejahteraan fizikal , mental, sosial dan ekologi. Keseimbangan dan ketahanan tubuh, keceriaan dan pembaharuan diri signifikan bagi menuju ke arah hidup yang seimbang.

Peranan pertanian organik sama ada dari segi produksi, pengolahan, pengedaran dan penggunaan bertujuan untuk melestarikan dan meningkatkan kesihatan ekosistem serta organisma, dari yang paling kecil dalam tanah sehingga manusia. Secara khususnya, pertanian organik diperlukan untuk menghasilkan makanan bermutu tinggi dan bergizi bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan sentiasa terpelihara. Maka, kita patutlah menghindari penggunaan pupuk, racun perosak, ubat-ubatan dan bahan tambahan yang dapat merugikan kesihatan.



Pertanian organik patut didasarkan pada sistem dan kitaran ekologi kehidupan. Kita patut bekerja dan berusaha untuk memelihara sistem dan kitaran tersebut.

Prinsip ekologi meletakkan pertanian organik dalam sistem ekologi kehidupan. Prinsip ini menyatakan bahawa pengeluaran hasil didasarkan pada proses dan pengitaran semula melibatkan ekologi. Makanan dan kesejahteraan diperoleh melalui ekologi melibatkan lingkungan penghasilan yang spesifik. Sebagai contoh, tanaman memerlukan tanah yang subur, haiwan memerlukan ekosistem manakala penternakan ikan dan organisma laut memerlukan lingkungan perairan. Budaya pertanian, penternakan ikan dan produk liar organik haruslah sesuai dengan kitaran dan keseimbangan ekologi alam.

Di samping itu, kitaran-kitaran ini bersifat universal tetapi pengoperasiannya bersifat khusus (tempatan). Pengelolaan organik harus disesuaikan dengan keadaan, ekologi, budaya dan skala tempatan. Bahan-bahan yang diggunakan sebaiknya dikurangkan dengan cara guna pakai, kitar semula dan dengan pengelolaan bahan-bahan dan tenaga secara efisien. Selain itu, sentiasa memelihara, meningkatkan kualiti dan melindungi sumber tenaga alam. Pertanian organik dapat mencapai keseimbangan ekologi melalui corak sistem pertanian yang membangunkan habitat, memelihara keragaman genetik dan pertanian.


Pihak yang menghasilkan, memproses, memasarkan atau mengambil produk-produk organik harus melindungi dan memberikan perhatian secara konsisten kerana sistem ekologi mengikut sasaran pengeluaran. Oleh itu, kesinambungan keseimbangan ekologi haruslah sentiasa dipastikan.



Pertanian organik harus membangunkan hubungan yang mampu menjamin keadilan berkaitan dengan lingkungan dan cara hidup bersama. Keadilan boleh dikaitkan dengan  kesetaraan, saling menghormati, keadilan dan pengelolaan dunia secara kolektif dan baik antara manusia dengan makhluk hidup yang lain.

Prinsip ini menekankan bahawa sesiapa yang terlibat dalam pertanian organik hendaklah menjalinkan hubungan yang jujur untuk memastikan adanya keadilan bagi semua pihak di setiap peringkat seperti petani, pengeluar, pekerja dalam pengeluaran, peruncit, syarikat pengedaran, peniaga dan akhirnya pengguna. Pertanian organik harus memberikan taraf hidup yang tinggi kepada semua orang yang terlibat, menyumbang dalam menjaga kualiti makanan dan pengurangan kemiskinan.

Tambahan pula, pertanian organik bertujuan untuk menghasilkan makanan atau produk lain yang mencukupi dan senang diperoleh dengan kualiti yang baik. Prinsip keadilan juga menekankan bahawa ternakan harus dipelihara dalam keadaan dan habitat yang sesuai dengan sifat-sifat fizikal, semula jadi dan terjamin kesejahteraannya.

Sumber kuasa alam yang digunakan untuk penghasilan dan penggunaan harus dikendalikan dengan cara yang adil secara sosial dan menghomati ekologi serta dipelihara untuk generasi mendatang. Keadilan memerlukan sistem penghasilan, pengeluaran dan perniagaan yang terbuka, adil, dan mempertimbangkan impak sosial.




Pertanian organik harus dijalankan secara berhati-hati dan bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang merangkumi lingkungan hidup.

Hal ini demikian kerana pertanian organik merupakan suatu sistem bersifat hidup dan dinamik yang menjawab tuntutan dan keadaan  sama ada dari segi dalaman atau luaran. Pihak yang terlibat dengan pertanian organik didorong untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Sebarang tindakan mereka tidak boleh membahayakan kesihatan.

Dengan adanya teknologi baru dan pelbagai kaedah, kita perlulah sentiasa mengaji dan meninjau semula untuk memastikan keberkesanannya. Maka, kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan serta pemahaman utuh mengenai ekosistem dan pertanian.

Prinsip ini menyatakan bahawa pencegahan dan sikap bertanggungjawab merupakan asas dalam pengelolaan, pengembangan dan pemilihan teknologi dalam pertanian organik. Ilmu pengetahuan diperlukan untuk menjamin pertanian organik bersifat menyihatkan, aman dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Namun begitu, hanya mempunyai pengetahuan tidak mecukupi. Pengalaman dan praktis yang dipadukan dengan kebijakan dan kearifan tradisional merupakan solusi yang tepat. Pertanian organik patut mampu mengurangkan risiko kerugian dengan menerapkan teknologi sesuai dan menolak teknologi yang tidak dapat diramalkan kesannya, seperti kejuruteraan genetik. Semua keputusan yang diambil mestilah mempertimbangkan nilai-nilai dan keperluan dari semua aspek melalui proses-proses yang telus dan melibatkan semua pihak.



 Kesimpulannya, prinsip-prinsip ini diterapkan dalam pertanian organik secara meluas. Pengeluaran pertanian organik sedang berkembang di seluruh dunia. Pertanian organik sedang dilakukan di lebih daripada 120 negara di dunia. Bukti saintifik menunjukkan bahawa aktiviti pertanian tanpa sedar mengancam kesihatan manusia dan haiwan, menyebabkan kekurangan atau pencemaran sumber air bawah tanah, kemusnahan tumbuhan semulajadi dan corak tanah dan kerosakan biodiversiti. Oleh itu,prinsip-prinsip tersebut penting dalam membentuk kaedah-kaedah yang tidak mengancam sesiapa.


21 Comments

  1. Very informative post 👍🏻

    ReplyDelete
  2. Very well written and informative. I learnt a lot from this blog. Keep it up. Wish to have more posts of this nature.

    ReplyDelete
  3. Worth reading. It is well explained.

    ReplyDelete
  4. tiber je post pasal pertanian thank you

    ReplyDelete
  5. Good content and very informative 👍🏻

    ReplyDelete
  6. I am inspired by this post.

    ReplyDelete
  7. Well researched article. The writers should get a pat on their backs.

    ReplyDelete
  8. I enjoy gardening and knowing about various kinds of farming. I understood many aspects of it from this article.

    ReplyDelete