Teknologi Aeroponik

Nur Syarafana binti Salim  (A18HA3053)

Meilisa Thahirah Mahdiyah (A18HA3009)


PENGENALAN

Aeroponik merupakan proses yang diguna pakai untuk membesarkan tanaman dengan menggunakan udara, atau semburan berkabus tanpa menggunakan tanah sebagai medium penyerap nutrisi dalam persekitaran yang tertutup atau separa tutup

Perkataan ‘Aeroponik’ Berasal daripada perkataan Yunani iaitu :

Aero : Udara

Ponos : Usaha


Aeroponik juga merupakan satu teknik dimana akar diletakkan dalam posisi tergantung dan ditampung oleh styrofoam. Seterusnya, penyerapan nutrisi diperoleh dengan cara pengabutan merata pada sistem akar tersebut yang membolehkan penyerapan larutan cecair nutrien. Antara tanaman yang memerlukan kaedah Aeroponik merupakan sayuran daun dan akan mengambil sekitar sebulan untuk matang dengan mengunakan sistem kaedah aeroponik. Contoh sayuran adalah seperti selada, kangkung dan bayam.


PERBEZAAN AEROPONIK DAN HIDROPONIK


Kaedah Aeroponik dan hidroponik dianggap berada dalam kumpulan yang sama kerana kedua-dua kaedah ini tidak menggunakan tanah sebagai medium penyerap nutrien. Namun dari segi konsep, teknologi aeroponik adalah berbeza berbanding teknologi Hidroponik kerana Hidroponik menggunakan larutan cecair nutrien untuk merendam akar sebagai medium pertumbuhan dan mineral untuk meggalakan pertumbuhan tanaman sayuran manakala aeroponik adalah sebuah proses yang menggalakan pertumbuhan dengan mengunakan udara atau semburan kabus. Semburan tersebut mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan yang diberikan secara langsung kepada akar. Ini secara tidak langsung membolehkan akar menyerap nutrien dengan lebih mudah. Teknologi Aeroponik juga didakwa lebih effisen berbanding teknologi hidroponik kerana ia dapat mendatangkan banyak hasil dengan mengikuti jadual pengeluaran yang telah ditetapkan berdasarkan kehendak pasaran semasa.Selain itu, perbezaan dari segi kos. Aeroponik memerlukan kos yang tinggi kerana alatan yang digunakan seperti pam dan palong berbanding dengan hidroponik yang hanya menggunakan alatan asas yang tidak berkos tinggi


JENIS SISTEM TEKNOLOGI AEROPONIK 

Terdapat 3 jenis sistem aeroponik yang berbeza iaitu tekanan rendah .Ini merupakan satu Sistem aeroponik yang mudah namun tidak begitu efektif. Kedua, Tekanan tinggi. Kaedah ini menggunakan  tekanan tinggi untuk menyalur nutrien terus  ke akar. Ketiga adalah sistem komersial.Kaedah ini adalah yang paling efektif yang menggunakan pam tekanan tinggi yang lebih kompleks daripada matriks biologi. Sistem ini juga mengandungi, sistem anti-penyakit, alat pemanas dan pendingin automatik.





CARA-CARA PENANAMAN AEROPONIK


Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih yang disemai diatas rockwool yang kemudian disusun pada tray.seterusnya, apabila biji benih tersebut telah tumbuh menjadi anak pokok dalam masa dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok tersebut perlu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong.Kemudian, selepas dua minggu tumbuh-tumbuhan tersebut akan dibiarkan membesar sehingga matang. Palong-palong digunakan adalah daripada polistyrene yang bertujuan untuk mengelak penyerapan haba ke dalam kawasan akar tumbuhan. Di bahagian tengah palong tersebut pula diletakkan paip yang mempunyai alat semburan atau sprinkler yang merupakan agen pembekal nutrien dan air agihan untuk membantu menetapkan waktu penyiraman, jumlah air yang diagihkan dan keseragaman pengagihan air yang diperlukan oleh tanaman terus kepada akar yang tergantung.Tambahan itu, bahagian daun dan pucuk yang dikenali sebagai “kanopi” tumbuh menegak ke atas. Akar tumbuhan pula dipisahkan dengan struktur sokongan tumbuhan dalam sel tertutup. Seterusnya, persekitaran yang terkawal juga merupakan faktor yang penting  untuk memastikan pertumbuhan lebih cepat, mempunyai kesuburan yang terkawal, kualiti yang terjamin  dan selamat untuk di makan. Oleh itu, sistem aeroponik adalah sebaiknya diletakkan di kawasan bersesuaian yang bebas daripada haiwan perosak dan penyakit supaya tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan cepat sekaligus dapat memastikan ianya tertutup dengan rapi agar tidak mudah dimasuki haiwan perosak.



CARA MEMBUAT BEKAS AEROPONIK

Sebelum memulakan dengan langkah membuat bekas aeroponik,antara bahan yang di perlukan adalah  seperti berikut ;

1. Sprinkler

2. Pam Jet


3. Nozzle Sprinkler

4. PVC


5. Paip Etilen (Ethylene)

6. Rockwool


7. Styrofoam

8. Benih Tumbuhan

9. Cecair Nutrien


Antara langkah-langkah membuat aeroponik adalah seperti berikut;

1. Memasangkan penyembur di bahagian bawah bekas (bilangan penyembur adalah bergantung pada jumlah anak pokok/biji benih )

2. Hos dilampirkan kepada penyembur (sprinklers) untuk membekalkan cecair nutrien secara terus menerus kepada akar

3. Sambungkan tangki dengan pam untuk memudahkan aktiviti mengepam cecair melalui hos terus kepada sprinkler


4. Sambungkan hos yang berasal dari penyembur dan pam di bahagian atas bekas yang disediakan untuk penanaman, perlu membuat potongan atau menggunakan getah

5. Tanaman yang diperlukan haruslah ditanam dalam slot yang sedia ada supaya akar anak benih tersebut boleh tergantung dengan bebas

6. Sambungkan pam ke saluran keluar dan tetapkan masa yang sesuai untuk menghidupkannya supaya tanaman tersebut mendapat bekalan nutrien yang cukup untuk tumbuh.


FUNGSI SISTEM AEROPONIK

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan atau ‘pressure’ yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran tersebut akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Walau Bagaimanapun, masalah utama dalam teknik aeroponik adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran kurang tinggi sehingga menyebabkan formasi butiran air atau ‘droplets’ yang dihasikan tersebut kasar. Satu petua untuk sistem aeroponik adalah; jika Semakin kecil butiran air atau 'droplets’ tersebut maka permukaan droplets semakin luas dan menyebabkan kandungan udara semakin banyakOleh itu, jika kandungan udara di permukaan wap air semakin banyak, maka kemungkinan O2 oleh butiran air atau droplets tersebut adalah semakin meningkat.


Justeru, penanaman secara Aeroponik merupakan kaedah yang sangat efektif kerana dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) yang mampu memudahkan penyerapan.Selain itu , medium per-akar-an yang efektif juga mampu menyalurkan karbon dioksida yang cukup ke akar tanaman tersebut.tanah yang padat menyediakan O2 sekurang - kurangnya dalam 20-30 % kepada akar. Medium tanaman tanpa tanah pula menyediakan sehingga 50 % O2. Manakala sistem teknologi hidroponik 80% untuk akar. Oleh sebab yang demikian, pertumbuhan tanaman menggunakan sistem  aeroponik adalah lebih pesat dan efektif berbanding dengan tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.Seterusnya, Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak melekat di akar akan kembali ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkan lagi.Tambahan itu, Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 kali lebih cepat pada tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperolehi secara langsung daripada larutan nutrisi yang mengandungi DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa sebarang medium perantaraan.

 Selain itu, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi serta kandungan bakteria dalam sistem medium perakaran. Oleh itu, kecekapan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik. Walau bagaimanapun, sistem tanaman aeroponik ini memiliki kekurangan di mana ianya terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan sprinkle. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup.


KEBAIKAN PENANAMAN SECARA AEROPONIK

Aeroponik adalah sejenis kaedah penanaman moden yang berkesan dan boleh digunakan untuk menanam tanaman sayuran yang berdaun di kawasan yang terhad dan hasilnya boleh didapati dalam masa kurang dari 2 bulan.

Oleh itu, antara kebaikan Teknologi Aeroponik adalah seperti berikut;

1. Tiada menggunakan tanah

2. Persekitaraan pembesaran sayuran atau tanaman adalah terjamin tanpa penyakit,tiada haiwan perosak dan berkualiti

3. boleh menyimpan air dan nutrien

4. Sangat efisien dengan memberikan hasil dalam kuantiti yang banyak dan cepat

5. Pelbagai sayuran ditanam pada masa yang sama.contohnya, sayuran adalah seperti selada, kangkung dan bayam.

6. Lebih efisien berbanding tanaman Hidroponik.

7. Boleh ditanam di kawasan yang terhad contohnya di perkarangan rumah

8. Pertumbuhan tanaman sayuran hanya mengambil sekitar sebulan untuk matang.

9. Tanaman menerima oksigen lebih banyak kerana akar tanaman berada di udara

10. Oksigen tambahan untuk tanaman sayuran dapat meringankan pertumbuhan patogen merbahaya

11. Tanaman dapat memanfaatkan karbon-dioksida yang kaya dengan oksigen di udara untuk aktiviti  fotosintesis.

12. Sistem aeroponik membantu menjimatkan air.

13. Tidak menggunakan racun perosak. menjadikan sayuran dan buah yang dihasilkan adalah organik dengan kualiti yang baik dan bebas dari bahan kimia seperti racun perosak.







61 Comments

  1. a really knowledgeable and interesting content. thank youuuu

    ReplyDelete
  2. Cara yang baik dan efektif untuk menanam tumbuhan. Teruskan share tips berguna macam ni. ����

    ReplyDelete
  3. Info yang mudah untuk sy paham, thank youuu ^_^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. awak suka tanam pokok apa hahahah

      Delete
    2. Semoga pokok awak sentiasa sihat. Terima kasih menyokong kami (:

      Delete
  5. Woww your idea and design is very interesting!! This inspire me to do better in implementing new technology in our daily life..

    ReplyDelete
  6. what a great content! thanks for the info!

    ReplyDelete
  7. Wow! nice your idea ... thanks for the info!

    ReplyDelete
  8. Wow, selepas membaca entry ni. Tiba2 saye terase ingin berlari keluar dr rumah pergi beli pam jet dan terus tanam kangkung

    ReplyDelete
  9. Magnificent! This has opened my eyes to these types of topics and peaked my interest in them. Kudos to the one who created this because it's packed with information and very useful in our lives.

    ReplyDelete
  10. Interestinggggg! Esok bangun tidur nak terus tanam pokok

    ReplyDelete
  11. Menarik!!! Ini membakar semangat saya untuk menanam pokok ni. Semua dijelaskan dengan mudah dan praktik.

    ReplyDelete
  12. It's very knowledgeable and interesting topic.. well done guys..

    ReplyDelete
  13. On behalf of harry styles, you guys did an amazing job.
    It's a yes from me

    ReplyDelete
  14. Content yang bagus dan boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin menanam pokok.

    ReplyDelete
  15. Baru tau ternyata ada aeroponik. Kalo boleh tau mengapa aeroponik ini kalah hits dengan hidroponik ya jika memang ini lebih efisien?

    ReplyDelete
  16. Kerana ianya tidak cost efficient yang mana ia memerlukan modal permulaan yg besar utk setup berbanding hidroponik (costing utk beli pump dan electrical wiring). Kedua, kerana aereponik menggunakan elektrik dan sesetengah pekebun hadapi masalah utk setup yg mana ia akan ada pertambahan kos operasi penggunaan elektrik.

    ReplyDelete
  17. Great info for everyone. So now anyone can have they own garden anywhere...thank you.

    ReplyDelete
  18. Kejap lagi saya nak tanam bayam guna teknik ni

    ReplyDelete
  19. Good sharing. Good luck

    ReplyDelete
  20. Wow, thank you from indonesia

    ReplyDelete
  21. This is actually helpful, can i grow rice with this?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It can be grown using this aeroponic method but it is not efficient as it costs a lot of money. It also takes a long time to harvest.

      Delete
  22. Saya nak tanam anggur ,bangun pagi esok

    ReplyDelete
  23. luvvvvv...thorbaek

    ReplyDelete
  24. Hidroponik dan aeroponik, apa yang membuatkan aeroponik lebih efficient tapi kurang popular?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First adalah ia tidak cost efficient sebab memerlukan modal permulaan yg besar utk setup berbanding hidroponik (costing utk beli pump dan electrical wiring). Kedua adlh sbb aereponik guna elektrik dan sesetengah pekebun hadapi mslh utk setup yg mana ia akan ada pertambahan kos operasi penggunaan elektrik.

      Delete
  25. Dari mana boleh dapatkan alatan untuk buat aeroponik ni?

    ReplyDelete