Pengenalan Effective Microorganism

Muhammad Harith bin Sanusi (A18GH0051)
Muhammad Imran bin Arif (A18GH0052)

Apakah itu Effective Microorganisms?

Effective microorganisms atau nama singkatannya EM ini ialah campuran anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Seperti yang kita sedia maklum, bakteria asid laktik merupakan salah satu elemen penting dalam EM kerana asid laktik secara umumnya dapat menggalakkan proses penapaian bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Elemen microb utama dalam EM ini terdiri daripada asid laktik, bakteria fotorosintetik dan yis. Microorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Selain itu, bahan makanan juga boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat. Campuran bakteria baik ini dapat merencatkan pertumbuhan bakteria patogen yang terdapat di dalam ekosistem tanah.

Contoh Cecair Effective Microorganisms


Sejarah Penemuan EM

EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang



Bagaimana mikroorganisma dalam EM bertindak?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, EM terdiri daripada tiga kumpulan mikroorganisma dalam cecair EM iaitu bakteria fotosintetik atau nama saintifiknya ialah Rhodopseudomonas spp., bakteria asid laktik (Lactobacillus spp.), dan yis (Saccharomyces spp.).



  • Bakteria fotosintetik (PSB)


Bakteria fotosintetik (photosyntetic bacteria, PSB) adalah mikroorganisma yang boleh hidup sendiri. Mereka menyerap tenaga daripada matahari dan haba tanah sebagai sumber tenaga menukarkan cecair dari sistem akar, bahan organik tanah dan gas seperti amonia kepada bahan binaan sel. Bahan binaan sel ini boleh jadi asid amino, asid nukleik dan gula. 

Bahan-bahan ini seterusnya boleh diserap terus ke dalam tumbuhan bagi membantu tumbesaran tumbuhan. Manakala pada sistem tanah, hal ini membantu perkembangan mikroorganisma bermanfaat. Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (low molecular polysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral lain.

 Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanfaat. Hal ini menjadikan bakteria fototrop sebagai kunci utama dalam larutan EM.

Secara ringkasnya PSB berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman


  • Bakteria Asid Laktik (LAB)



Bakteria asid laktik (lactic acid bacteria, LAB) diketahui dalam menghasilkan asid laktik daripada gula dan karbohidrat hasil sampingan bakteria fotosintetik dan yis. Asid laktik mempunyai kesan steril (bebas kuman) dan kehadirannya mengganggu perkembangan nematod dalam tanah. Bakteria asid laktik juga terlibat dalam penguraian selulosa dan lignin dalam bahan organik tanah.

Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik



  • Yis dan Ragi
Yis menghasilkan hormon dan enzim yang dapat membantu pembahagian sel tumbuhan dan akar. Mereka menggunakan asid amino dan gula hasil sampingan daripada bakteria fotosintetik dan akar tumbuhan. Seterusnya membantu pertumbuhan bakteria asid laktik.

Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Dapat kita simpulkan tiga genera mikrob tersebut (PSB, LAB, yis) bekerjasama secara semulajadi dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan pelbagai lagi antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik.




Sifat EM

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran


Penggunaan EM

Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebagainya. Bayangkan betapa banyaknya kegunaan EM ini.




Kebaikan dan Kelebihan EM Dalam Pertanian

ØEM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
ØMenggalakkan pembungaan dan pembuahan
ØMenggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
ØMeningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
ØMenukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
ØMenambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
ØMemulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
ØKonsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
ØKesan sinergi daripada organisma yang hadir




Cara Buat Baja Organik EM (Effective Microorganism) secara DIY


Bahan :
ØAir basuhan beras (basuh tanpa klorin) – 200 mL
ØGelang getah – 2 gelang
ØKertas – 2 helai
ØBekas 1L
ØBaldi 5L
ØSusu lembu kotak – 2 L


Cara - caranya :

Fasa 1 :

ØIsi air basuhan beras ke dalam bekas
ØTutup bekas tersebut dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
ØLabel tarikh pembuatan
ØPeram air itu selama 3 sehingga 5 hari.
ØPeraman menjadi apabila air berbau masam dan terbentuk 3 lapisan. Tapis peraman ini untuk proses seterusnya.

üLapisan atas berbentuk pepejal putih – karbohidrat dan kulat
üLapisan tengah berwarna kuning cair – bakteria asid laktik
üLapisan bawah berwarna putih pekat – lemak dan kanji


Fasa 2 :

ØCampurkan cecair peraman ini dengan susu ke dalam baldi. Nisbah campuran adalah 1:10. Bermakna jika 200 mL cecair peraman campur dengan 2L susu.
ØTutup baldi dengan kertas dan gelang getah
ØLabel tarikh pembuatan
ØPeram campuran ini selama 5 sehingga 7 hari.
ØSelepas seminggu, akan terbentuk dua lapisan iaitu lapisan susu kental di atas dan di bawah adalah serum bakteria asid laktik.
ØAsingkan dan tapis lapisan atas. Lapisan susu kental ini boleh dibuat keju atau dijadikan makanan haiwan atau bahan kompos
ØBoleh simpan serum ini di dalam botol

üUntuk tahan lama, campurkan serum EM ini dengan molases. Molases ialah gula merah yang dimasak dengan air sehingga cair. Nisbahnya ialah 1 bahagian serum EM + 1 bahagian molases.
üAlternatif lain, kita boleh campurkan serum ini dengan gula perang atau gula kasar dengan nisbah yang sama iaitu 1:1. Contohnya 1L serum EM + 1kg gula perang.
üSimpan serum EM ini di tempat yang gelap dan dingin.

24 Comments

  1. TOpic yang sangat menarik. tq

    ReplyDelete
  2. Kli prtama degr tntg EM ni n pnjelsn yg ditulis sngt jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih membaca ! Harap info ini dapat memberi pengetahuan yg baru dan bermanfaat ^^

      Delete
  3. Owhh baru saya tau apa itu EM

    ReplyDelete
  4. saya berasa sunggu teruna untuk mencubanya sebentar lagi, tambahan pula di musim covid ni elok lee kite menanam sendiri ye dokk. terima kasih kepada en.imran dan en.harith atas perkongsian yang life-changing ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercucuk tanam ! Teroma kasih kerana membaca ^^

      Delete
  5. Terbaik..info jelas kandungan menarik...boleh dipelbagaikan kegunaan EM nih..congrats boiss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga informasi ini dapat menambah ilmu pertanian kita. Terima kasih kerana membaca ! ^^

      Delete
  6. Ilmu pertanian yang bagus..saya suka

    ReplyDelete
  7. Trima kasih atas info drpd penulisan ini
    Lps ni da boleh la buat EM sendiri yee

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk info ini. Sangat menarik dan ilmu baru untuk saya :)

    ReplyDelete
  10. baru saya tahu kewujudan EM ni......... terima kasih untuk info ni!

    ReplyDelete
  11. Apa beza em 1, 2 3 dan 4?
    Bagaimana yg buat em guna campuran buah2an dan lakult dan molasess?

    ReplyDelete