Pengenalan Teknologi Fertigasi

Nor Asmira Binti Azli (A18GH0065)
Nur Ain Fathihah Binti Mohd Rosli (A18GH0069)

Dalam meniti arus kemodenan, pelbagai teknologi dalam pertanian diperkenalkan bagi merealisasikan sebuah Negara yang berlandaskan kelestarian alam sekitar.  Generasi muda yang semakin peka terhadap isu alam sekitar juga mempengaruhi penyertaan dalam pertanian moden. Dan beberapa tahun yang lepas kita diperkenalkan dengan teknologi fertigasi gantung yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan. Ia satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten. Persoalannya, apakah dimaksudkan dengan fertigasi dan adakah ia mampu merelestarikan alam sekitar?



      Teknologi fertigasi dapat ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman yang mana Pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Fertigasi berasalan daripada dua perkataan inggeris iaitu “fertilization” dan irrigation”. Sistem ini juga merupakan satu daripada cabang hidroponik yang antaranya lainnya seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran cetek, Hidroponik statis dan lain-lain lagi. Sistem fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon, starwberi serta pokok hiasan.

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional antaranya ialah mampu mengurangkan kos operasi kerana dalam hal ini tidak memerlukan penggunan tenaga buruh yang ramai kerana tidak memerlukan penyiraman dan pembajaan secara manual. Teknologi ini mengunakan alat pengatur masa automatic di mana pemberian larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan pengatur masa menjamin keberkesanannya. Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. Oleh itu kos pembelian paip adalah lebih murah. Malahan, ia juga tidak memerlukan pembinaan rumah hijau yang kita sedia maklum terlalu mahal untuk membinanya. Dalam masa yang sama, kaedah ini juga dapat memberi peluang yang tipis untuk kerugian kerana dapat mengelakkan daripada Mengelak dijangkiti penyakit bawaan tanah.

 Antara kelemahan teknologi fertigasi ialah saiz lubang tempat keluarnya larutan baja dari penitis adalah kecil. Oleh itu ia mudah tersumbat disebabkan oleh timbunan garam galian yang terjadi akibat proses penyejatan larutan baja di antara dua penitisan. Jadi, pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan penitis yang tersumbat bagi mengelak pokok layu kerana tidak mendapat larutan baja. Selain itu, Timbunan garam galian akan berlaku didalam medium tanaman tanah rendah tropika dan kejadian inin berlaku sedikit demi sedikit disebabkan berlakunya proses evapotranspirasi yang berlebihan akibat cuaca terlalu panas. Timbunan garam ini akan terus berlaku sehingga medium tanaman menjadi terlalu bergaram (tinggi salinitinya) dan boleh menyebabkan pokok mati akibat berlaku proses deplamolisis. Kejadian ini menyebabkan potensi untuk pokok itu mati amat tinggi jika tidak dititikberatkan. Selain itu, untuk memulakan teknologi ini memerlukan modal yang tinggi dan anggaran untuk satu polibeg ialah RM 10.00 – RM 12.00. Untuk menggunakan konsep ini perlu menguasai kemahiran untuk mengatasi kerugian disebabkan oleh kerosakan sistem.


         Peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi pula termasuk tangki, tong stok nutrien, pam, paip poli atau PVC, dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air serta baja. Beberapa media tanaman juga digunakan dalam amalan pertanian fertigasi ini bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan vermiculate. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Dalam sistem ini, air baja diberi mengikut masa iaitu antara tiga hingga enam kali sehari selama lima hingga 10 minit, bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman. Dalam kaedah Fertigasi, beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas.





Langkah penanaman fertigasi

1. Penyediaan tapak untuk fertigasi
Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain.
Penggunaan air paip sesuai dengan mengambil kira pertambahan kos.
 Tapak projek diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama.


2. Pasang weedmat sebagai penutup bumi
Weedmat biasanya diperbuat daripada plastik atau kain khas seperti polypropylene.
 Ia berfungsi dengan menghentikan bekalan cahaya matahari kepada rumpai, sekaligus membunuh mereka.

3. Sediakan polibeg  
Dua jenis polibeg iaitu bantal dan tegak digunakan.
Penggunaan polibeg hitam lebih tahan lasak dan lama berbanding polibeg putih.

Jarak antara baris yang disyorkan ialah 13sm, manakala jarak antara polibeg ialah empat sm serta disusun sebaris bagi memudahkan kerja pengurusan tanaman.



4.  Pemasangan sistem pengairan fertigasi
Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum anak pokok cili dipindahkan ke dalam polibeg.
Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan timer.
Peralatan lengkap sistem pengairan seperti tangki air baja (900 gelen), pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta mikro tiub yang berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman.
Baja dan pengairan dijalankan serentak.
Baja yang digunakan ialah baja A dan B. Komponen baja dijadikan stok baja (pati baja) bahagian A dan bahagian B di dalam 100 liter air secara berasingan.

5. Penanaman pokok secara fertigasi
a) Pemilihan variety
Varieti cili hibrid disarankan bagi penanaman secara fertigasi seperti Kulai dan Cili Bangi
Pemilihan varieti adalah bergantung kepada kehendak dan permintaan pengguna bagi memudahkan aktiviti pemasaran.

 b) Medium tanaman
Medium yang digunakan ialah cocopeat. Coco peat mudah diperoleh, murah dan lebih mesra alam.


Coco peat dimasukkan ke dalam polibeg hitam.
Polibeg kemudianya disusun selari dengan paip lateral atau paip pembahagi. Lubang lebihan air dibuat 5 cm diukur dari dasar polibeg.
Setiap beg tanaman dilengkapi dengan tiub mikro 1.0 mm (garis pusat) yang menyalurkan larutan nutrien dari tangki larutan baja.

c) Penyediaan anak benih
Biji benih cili disemai di dalam dulang.


Percambahan anak yang seragam akan diperoleh selepas 5–7 hari.



d) Memindahkan anak benih
Anak benih yang berusia 10–21 hari sedia dipindahkan ke dalam polibeg.
Anak benih dipindahkan pada waktu petang untuk mengurangkan tekanan pada anak benih akibat kesan pindah, dan mempercepat proses pemulihan anak benih.
Anak benih ditanam sedalam 3–5 cm dari permukaan coco peat dengan penitis

e) Pengurusan tanaman fertigasi

I. Membuat sokongan tanaman
Membuat sokongan tanaman menggunakan pancang berbentuk ‘X’ atau ‘H’. Untuk memberikan sokongan pada pokok daripada terbalik terutama pada peringkat buah.

II. Kawalan penyakit dan serangga perosak
Dilakukan dengan menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan.

f) Penuaian hasil

Melakukan kutipan hasil 3 hari di peringkat awal dan setiap hari pada peringkat puncak.



  Kesimpulannya, Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang terbukti telah memberi kebaikan kepada tanaman sayuran dan buah-buahan. Hasil pengeluaran yang melebihi daripada menggunakan penanaman secara konvensional telah menyebabkan sistem ini semakin digunakan pada masa kini. Pelbagai sistem fertigasi yang terdapat di Malaysia, antaranya ialah sistem terbuka, sistem tergantung,sistem perlindungan hujan dan sistem lindungan hujan dan serangan. Sistem ini sebenarnya memerlukan pengeluaran duit yang banyak tetapi walau bagaimana pun ia dapat membantu petani untuk meningkat kualiti dan hasil pengeluaran tanaman masing-masing.

59 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. very informative. tq

    ReplyDelete
  3. ��������

    ReplyDelete
  4. sangat membantu untuk saya lebih memahami tq

    ReplyDelete
  5. owhhh mcm ni ke fertigasi, tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap info ini dapat membantu kita menghijaukan bumi ^^

      Delete
  6. Nice Info with good explaination

    ReplyDelete
  7. Wa0. Time pkp ni seronok menanam

    ReplyDelete
  8. Nice info ..make new knowledge

    ReplyDelete
  9. terbaik, thanks for the info..

    ReplyDelete
  10. Content yg bermanfaat
    Memperluaskn lg ilmu pengetahuan sya berkenaan teknologi fertigasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap maklumat dapat membantu. Terima kasih membaca (:

      Delete
  11. Terbaik dan nice sharing
    Melalui perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai bidang pertanian. Ternyata dalam sektor pertanian terdapat beberapa kaedah seperti nutripot, fertigasi, hidroponik dll.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  12. Info yang menarik dan sgt bermanfaat. Tq

    ReplyDelete
  13. Baru sy thu apa itu fertigasi.. thnks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap maklumat dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai pertanian ^^

      Delete
  14. Susah ke fertigasi ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fertigasi ini merupakan salah satu cara yg mudah namun memerlukan pakar dalam teknik pemasangan pengairan fertigasi tersebut dan juga mahir dalam menguruskan sistem baja agar pokok mendapat baca dan air dengan cukup.

      Delete
  15. Terima kasih bagi info yang amat berguna ini

    ReplyDelete
  16. Terima kasih untuk info. Selama ni saya bercucuk tanam selalu sangat tak jadi dan article ni sangat membantu dalam penambahbaikan cara penanam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercucuk tanam ! Harap dengan info ini ia membantu ^^. Boleh juga refer kepada entry-entry yg lain (:

      Delete
  17. Thankyouu atas info

    ReplyDelete
  18. nice explanation and sharing

    ReplyDelete
  19. sebelum ini saya kurang mengetahui tentang pertanian tapi sekarang saya dah faham! info yang menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mambace ! Harap informasi ini serba sedikit dapat membantu anda mengetahui ilmu pertanian ^^

      Delete
  20. Thank you for the information. Really help me to understand ��

    ReplyDelete