Thaavambigai A/P Revichandran ( A18KT0307 )
Thibaa A/P Renoogopal ( A18KT0310 )
Penjagaan
Terdapat beberapa cara untuk menjaga tanaman. Antara empat cara yang sangat terpenting ialah
1) MERUMPUT
Merumput ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh di batas sayuran.Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu. Merumput dapat mengelakkan persaingan antara sayur-sayuran dengan rumpai dalam mendapatkan air,nutrient, cahaya matahari dan ruang. Merumput dapat memusnahkan habitat perosak dan agen penyakit.Merumput dilakukan dengan tangan, serampang tangan dan tajak. Peralatan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja merumpai secara manual adalah cangkul kecil , pencakar atapun peralatan lain yang difikirkan sesuai. Bagi kawasan di sekeliling pokok/palma/buluh yang baru ditanam ataupun masih kecil kaedah “circle weeding” perlu dilaksanakan.
2) MEMBAJA
Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya nitrogen, fosforus dan kalium adalah dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah, meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah.
Dalam sistem fertigasi pula baja terbahagi kepada dua bahagian iaitu stok A dan stok B. Formulasi baja fertigasi cili adalah seperti dalam Jadual 1. Baja yang ditimbang berasingan dilarutkan di dalam air yang bersih satu persatu. Kemudiannya, komponen baja dijadikan stok baja (pati baja) bahagian A dan bahagian B di dalam 100 liter air secara berasingan. Disyorkan supaya larutan stok sentiasa tersedia untuk dicairkan ke dalam tangki larutan baja apabila diperlukan.
Tanaman fertigasi cili memerlukan larutan nutrien pada kepekatan yang tertentu di beberapa peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur menggunakan meter konduktiviti elektrik (EC). Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC diperlukan dan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Unit ukuran konduktiviti elektrik ialah µS. Tahap kepekatan yang diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan adalah antara EC 1.5–4.0. Bagi tanaman cili, EC yang disyorkan adalah antara 1.8 hingga 2.4. Selepas selesai kerja memindahkan anak pokok ke polibeg, anak pokok cili diberikan air kosong. Selepas tempoh 24 jam anak pokok cili diberikan larutan baja dengan kepekatan 1.8 µS sehingga berusia 3 minggu. Selepas 3 minggu, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0–2.4 µS sehingga tamat musim penanaman. Semburan daun (foliar) seperti kalsium boron digalakkan bagi mengurangkan kesan kekurangan kalsium pada buah.
Selepas 3 bulan, medium tanaman di dalam beg-beg plastik perlu dibilas dengan air bersih. Ia dilakukan sebulan sekali bagi melarutkan dan seterusnya menyahkan timbun-tambah garam-garam yang boleh menyebabkan toksik kepada tanaman. Proses pembilasan dilakukan dengan menghidupkan pam selama satu jam tanpa henti dan membenarkan air bersih sahaja mengalir ke setiap pokok. Satu lagi faktor yang penting dalam pengeluaran tanaman ialah aras keasidan larutan nutrien yang dinamakan pH. Bagi tanaman cili secara fertigasi, pH yang disyorkan sama seperti tanaman lain seperti tomato atau melon iaitu antara 5.5 hingga 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus.
Kesimpulanya, kita perlu berhati-hati ketika membaja tanaman kerana baja yang terlalu banyak dapat membakar akar, mengurangkan kemampuan mereka menyerap air. Ini seterusnya menjadikan tanaman lebih rentan terhadap tekanan akibat kekeringan, sejuk dan panas. Bukan itu sahaja,tumbuhan yang kelaparan kerana nutrien lebih kecil dan dapat dipengaruhi oleh bintik-bintik daun, sementara tanaman yang lebih kuat dapat melawan penyakit.
3) Sumber Air yang sesuai
· Tidak terputus bekalan
· Tidak mempunyai pencemaran
· Jernih
· Tidak berbau
Punca Sumber Air
· Bekalan air paip jba
· Air bumi (tube well)
· Air gunung (mengalir)
· Air tasik ph 6.5 – 7.5
4) Pengairan yang betul
1) Rangkaian paip Utama
2) Tangki Nutrien
- Lebih baik ada 2 buah tangka
- Polytank, fiber glass ( jenis tangki)
- Saiz tangki 600 gallon
- Lebar dan rendah ( bentuk tangki )
3) Rumah operasi nutrient
4) Timer
- Boleh laras hingga 5 minit
5) Penapis
- Satu kemestian
- Dua penapis lebih baik ( sebelum dan selepas pam )
- Disc atau screen filter
6) Paip ladang
- Polypipe,PVC ( jenis pipe )
- Saiz ( main - line = 32 ke 63 mm , sub – line = 16 ke 19 mm , mikro tube = 1 ke 3 mm )
7) Sambungan sub line ke mikro tiub
8) Sambungan mikro tiub ke tiub penitis
9) Sambungan tiub penitis ke tanaman
PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAN SISTEM PENGAIRAN
· Memeriksa aliran titisan
· Membersihkan penapis
· Membasuh & membilas tangki nutrient
· Menyah kuman (pensterilan)
Kawalan Penyakit
Penanaman pokok secara fertigasi terbuka menghadapi risiko kerosakan yang tinggi akibat serangan penyakit dan serangga perosak. Walau bagaimanapun, kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu menggunakan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan. Oleh hal yang demekian kita haruslah berusaha untuk mengenal pasti penyakitnya dan mengawal penyakit tersebut.
Berikut adalah contoh-contoh penyakit yang menyerang tanaman fertigasi:
Berikut adalah bahagian serangan, cara merebak dan simptom-simptom penyakit :
Antraknos Buah
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Colletotrichum capsici
Bahagian yang diserang ® Buah
Cara merebak penyakit ® Melalui biji benih atau angin
Simptom- simptom ® Bintik-bintik lekok dan berpusar, bewarna
keperangan terdapat di luar kulit buah. Lekok-lekok
ini akan membesar menjadi kehitaman dan akhirnya
busuk dan gugur.
⃞
Bintik Daun
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Cercospora capsici
Bahagian yang diserang ® Daun & tangkai daun
Cara merebak penyakit ® Angin
Simptom- simptom ® Terdapat bintik-bintik kecil bulat bewarna perang
pada daun.
Hawar Pucuk
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Choanephora cucurbitarum
Bahagian yang diserang ® Pucuk
Cara merebak penyakit ® Angin
Simptom- simptom ® Terdapat spora-spora hitam pada pucuk yang kena
penyakit. Pucuk menjadi layu dan bewarna hitam.
Reput Pangkal
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Sclerotium rolfsii
Bahagian yang diserang ® Pangkal poko
Cara merebak penyakit ® Tanah
Simptom- simptom ® Daun layu, terdapat maisilia putih dan skelerotia
seperti biji sawi pada pangkal pokok.Pangkal pokok
menjadi hitam dan mereput.
Lecuh Anak Benih
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Pythium sp., Rhizoctonia sp.
Bahagian yang diserang ® Batang anak benih
Cara merebak penyakit ® Tanah dan air
Simptom- simptom ® Di pangkal anak benih seakan-akan lecuh.
Serangan yang teruk menyebabkan anak benih
tumbang.
Layu Bakteria
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Pseudomonas solanacearum
Bahagian yang diserang ® Daun dan batang
Cara merebak penyakit ® Tanah, air dan sentuhan akar
Simptom- simptom ® Daun layu dan kuning. Empulur bewarna perang
kehitaman dan berair. Jika akar atau batang
direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair
jaluran putih.
Mozek Daun
Penyakit ini selalu disebabkan oleh ® Mosaic virus
Bahagian yang diserang ® Semua bahagian pokok
Cara merebak penyakit ® Biji benih, kutu daun sebagai pembawa penyakit
Simptom- simptom ® Daun berbintik-bintik dan berkerekot. Urat daun
membengkak. Pokok bantut dan kurang berbuah.
Buah menjadi kecil dan berubah bentuk.
Terdapat beberapa kaedah atau cara yang berlainan dalam mengawal penyakit dalam fertigasi. Setiap penyakit ada cara kawalan yang spesifiknya yang berikut:
Akhir kata, walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yang bebas tanah untuk mengelakkan ‘soil bome pathogen’ tetapi ia mudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek seperti yang dinyatakan di atas. Oleh hal yang demekian, sebagai manusia yang berpengetuhuan kita haruslah bersedar dengan segala penyakit yang menyerang tanaman kita supaya boleh dikawal sebelum ia merebaknya.
16 Comments
Very informative
ReplyDeleteThanks for supported (:
ReplyDeleteWahh lepas ni saya tak payah risau dengan apa-apa jua penyakit atas tanaman saya. Thank you for the very informative informations.
ReplyDeleteHarap info ini dapat membantu. Terima kasih membaca ! (:
DeleteVery detailed infos. Thank you so much :)
ReplyDeleteThanks for supported ^^
Deletewhat an informative article..thank you
ReplyDeleteThanks for supported ! (:
DeleteSaya bercadang untuk tanam pokok kecil masa pkpp ni,banyak artikel saya cari, tp inilah yang membantu.
ReplyDeleteSelamat bercucuk tanam ! 🥦
DeleteVery useful. Tjabkyiu
ReplyDeleteThank you (:
DeleteInformative content ��
ReplyDeleteThank you ^^
DeleteGood content. Thanks for the info 👍🏻
ReplyDeleteThanks for supported ! ^^
Delete