Teknologi Hidroponik

Nurrina binti Abdul Rahim (A18HA3043)
Farah Amirah binti Abas (A18HA3024)

Apa itu Teknologi Hidroponik?

Hidroponik merupakan dua perkataan Greek iaitu hidro yang bermaksud air dan ponik bermaksud kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Perkataan Hidroponik berasal dari bahasa Yunani iaitu "hydro" bermaksud air dan "ponics" bermaksud daya atau tenaga atau tenaga kerja.



Hidroponik, aeroponik dan aquaponik adalah teknologi terpakai dalam bidang pertanian yang menggunakan media air untuk menghasilkan sayuran dan buah. Ianya tidak menggunakan medium tanah, oleh itu hasil tanaman menjadi lebih bersih dan biasanya jarang terkena hama dan penyakit tanaman yang banyak berasal dari tanah. Air yang digunakan untuk tanaman Hidroponik ini menggunakan air yang mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Dengan membekalkan air dan nutrien dengan efektif, hidroponik boleh mempercepatkan kadar pertumbuhan sehingga 50% lagi cepat dari mengunakan tanah. Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral (baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan juga boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.


Kelebihan dan Kekurangan Hidroponik







Apa yang diperlukan untuk menanam tanaman secara hidroponik??

Langkah – langkah untuk menanam secara hidroponik:

1. Semai benih tanaman
Semai benih terlebih dahulu sebelum menanam tanaman untuk dipindahkan kepada bekas Hidroponik. Antara sayur-sayuran yang boleh dijadikan tanaman hidroponik ialah bayam, kangkung, sawi dan sebagainya. Penyemaian biji benih perlulah disediakan 2 minggu awal sebelum menanam secara Hidroponik.

2. Sistem hidroponik
Terdapat banyak sistem hidroponik yang boleh anda pilih untuk menanam secara hidroponik iaitu sistem wick, NFT, dan fertigasi. Jika ingin menanam secara Hidroponik untuk mengisi masa lapang, disyorkan untuk menggunakan sistem wick / sumbu kerana ianya mudah dan murah.

3. Medium yang diperlukan
Untuk menanam hidroponik ia memerlukan medium untuk menyokong tanaman antaranya rockwool, cocopeat, sekam bakar dan lain-lain. Anda juga boleh membeli starter kit untuk sistem wick atau anda boleh membuatnya sendiri.

4. Nutrisi Hidroponik
Nutrisi hidroponik sangat penting untuk tumbesaran tanaman. Tanpa nutrisi hidroponik, tanaman tidak akan membesar dengan subur. Anda boleh membeli kerana ianya lebih murah berbanding dengan membuatnya sendiri. 

5. Pemeliharaan
Apabila semua langkah diatas telah disiapkan, anak pokok yang telah disemai selama 2 minggu boleh mula dipindahkan kepada medium yang disediakan untuk tanaman Hidroponik. Pastikan nutrisi yang dibekalkan sesuai dengan tanaman supaya tumbesarannya di tahap optimal.

Contoh Kaedah Penanaman Hidroponik



 KAWALAN SERANGGA 

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna. Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelakkan serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun serangga perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan  hasil dipetik  selepas seminggu dari semburan. 


Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakkan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk aedes membiak dan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Teknologi hidroponik membolehkan tanaman salad spesis tanah tinggi atau yang memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di Malaysia. Spesis tanaman seperti tomato, cili, dan terung kebiasaanya diimport dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh itu, pelaburan dalam hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan perbelanjaan import. Kerajaan diharapkan agar dapat memainkan peranan yang positif dalam memajukan aktiviti ini.



APA ITU MEDIUM SOKONGAN?

Medium sokongan adalah berfungsi untuk membantu tanaman untuk lebih kukuh. Selalunya tanaman yang besar seperti cili, tomato dan terung memerlukan medium sokongan untuk membantu ia teguh kerana tanaman-tanaman tersebut ialah spesis tanaman yang besar.

Pada awalnya, di Malaysia kita banyak menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata sebagai medium sokongan hidroponik. Selepas beberapa kajian, penggunaan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tidak lagi digunakan.

Ciri-ciri medium sokongan :
ØBerupaya menyimpan kelembapan
ØSaliran yang baik
ØMempunyai ruang pengudaraan
ØTidak berbahaya pada tumbuhan
ØMudah didapati
ØTidak bertindak balas dengan larutan baja



LARUTAN BAJA AB

Baja hidroponik lebih dikenali sebagai baja AB atau baja XY. Baja AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh sebab itu baja hidroponik boleh dikatakan sebagai baja lengkap.

Unsur Nutrien yang terdapat di dalam Baja AB.
1.Nitrogen (N)
2.Fosforus (P)
3.Kalium (K)
4.Kalsium (Ca)
5.Magnesium (Mg)
6.Sulfur (S)
7.Manganese (Mn)
8.Kuprum (Cu)
9.Zink (Zn)
10.Molybdenum (Mo)
11.Boron (B)
12.Ferum (Fe)


Pembahagian baja A dan baja B ini ada sebabnya. Di dalam baja hidroponik ini terdapat kalsium nitrat, magnesium sulfat dan monokalium hidrogen fosfat. Ketiga-tiga sebatian ini apabila dicampurkan dengan air akan membentuk ion kalsium yang bercas positif, manakala ion sulfat dan ion fosfat bercas negatif. Pada kepekatan yang tinggi ion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat. Ini dapat dilihat secara fizikal dengan munculnya mendakan putih dalam larutan. Mendakan putih ini tidak dapat diserap langsung oleh tumbuhan. Oleh itu, tumbuhan akan kekurangan unsur nitrogen, fosforus, magnesium dan kalsium. Oleh sebab itu baja hidroponik dijadikan stok A dan B yang akan dilarut dan dicairkan sebanyak 100 kali untuk mengelakkan terjadinya mendakan tersebut.


Kedua-dua larutan nutrisi ini adalah larutan pekat dan ia perlu dicampurkan dengan air.
Ukuran campuran adalah sebagai berikut:
²larutan A - 5 ml
²larutan B - 5 ml
²air 1 liter

ØCampurkan ketiga-tiga bahan diatas, gaulkan sehingga sebati. Larutan nutrisi siap digunakan.

26 Comments

  1. very good content

    ReplyDelete
  2. Baja ab hanya buat sendiri atau boleh dibeli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara teorinya, baja tersebut boleh dibuat sendiri kalau ada ramuan atau nisbah yg tepat utk jadikan baja AB. Nisbah dia tu adalah berbeza mengikut pembekal baja.. So, cara paling senang beli baja dlm bentuk yang dah siap larut, ataupun boleh beli terus dgn pembekal yg dalam bentuk serbuk pepejal dan dilarutkan sendiri dgn air utk dijadikan pati baja. Harap info ini dapat membantu (:

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wahh..in shaa Allah lepas raya ni ni nak try la buat .thanks for info

    ReplyDelete
  5. the content is great, and full of valuable knowledge! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Selamat mencuba ! Semoga pokok awak hidup dengan sihat (;

      Delete
  7. Suatu kaedah tanaman yang dapat dilakukan bagi sesiapa yang tidak ada tanah yang besar seperti rumah di kawasan taman perumahan. Selamat berjaya kepada anda berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih (: Harap maklumat ini dapat membantu kita untuk menghijaukan bumi ^^

      Delete
  8. I love your content. Good job! May you success in every single things you do

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian di atas. Saya di sini ingin bertanya, dari segi dos elemen nutrien yang diletakkan dalam kandungan air untuk teknik hidroponik ini. Adakah kadar dos yang diletakkan perlu berbeza mengikut jenis pokok yang ingin ditanam untuk mencapai tumbesaran optimum iaitu 50% lebih cepat daripada media tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap jenis pokok memerlukan dos nutrien yg berbeza. Ia juga perlu mengikut tumbesaran pokok tersebut supaya dos yg diberikan sesuai untuk pokok tersebut membesar dengan sihat. Tumbesaran optimum iaitu 50% lebih cepat daripada media tanah ini pula bermaksud sekiranya kita menanam menggunakan tanah, nutrien tersebut akan diserap kedalam tanah baru ke medium akar pokok tersebut. Jadi dengan teknik hidroponik ini, nutrien akan terus meresap kedalam akar tumbuhan instead of tanah tadi. Terima kasih membaca ! ^^

      Delete
  10. Wah! Boleh cuba di musim pkp ni! ^^

    ReplyDelete
  11. Nice info. Susunan ayt pun teratur. Cara penyampaian ringkas dn mudah difahami. 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca (: Harap ilmu ini bermanfaat

      Delete
  12. Penerangan yang sangat baik. Ni rasa nak tanam menanam ni. Doakan saya ada green thumb. Overall the information memang sparked my interest in the world of planting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca. Selamat bercucuk tanam ! ^^ Semoga tanaman anda membesar dengan sihat (:

      Delete
  13. Nak beli alat tanaman hidroponik katama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh membeli alatan Hidroponik ini di kedai yang menjual tanaman seperti pokok dan bunga, serta di mana-mana nurseri pokok ataupun dikedai yg menjual peralatan pertanian. Anda juga boleh membeli secara atas talian seperti di Shopee. Ini adalah link di Shopee yang menjual Set untuk Tanaman Hidroponik

      Delete