Nurrina binti Abdul Rahim (A18HA3043)
Farah Amirah binti Abas (A18HA3024)

Apa itu Teknologi Hidroponik?

Hidroponik merupakan dua perkataan Greek iaitu hidro yang bermaksud air dan ponik bermaksud kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Perkataan Hidroponik berasal dari bahasa Yunani iaitu "hydro" bermaksud air dan "ponics" bermaksud daya atau tenaga atau tenaga kerja.



Hidroponik, aeroponik dan aquaponik adalah teknologi terpakai dalam bidang pertanian yang menggunakan media air untuk menghasilkan sayuran dan buah. Ianya tidak menggunakan medium tanah, oleh itu hasil tanaman menjadi lebih bersih dan biasanya jarang terkena hama dan penyakit tanaman yang banyak berasal dari tanah. Air yang digunakan untuk tanaman Hidroponik ini menggunakan air yang mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Dengan membekalkan air dan nutrien dengan efektif, hidroponik boleh mempercepatkan kadar pertumbuhan sehingga 50% lagi cepat dari mengunakan tanah. Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral (baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan juga boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.


Kelebihan dan Kekurangan Hidroponik







Apa yang diperlukan untuk menanam tanaman secara hidroponik??

Langkah – langkah untuk menanam secara hidroponik:

1. Semai benih tanaman
Semai benih terlebih dahulu sebelum menanam tanaman untuk dipindahkan kepada bekas Hidroponik. Antara sayur-sayuran yang boleh dijadikan tanaman hidroponik ialah bayam, kangkung, sawi dan sebagainya. Penyemaian biji benih perlulah disediakan 2 minggu awal sebelum menanam secara Hidroponik.

2. Sistem hidroponik
Terdapat banyak sistem hidroponik yang boleh anda pilih untuk menanam secara hidroponik iaitu sistem wick, NFT, dan fertigasi. Jika ingin menanam secara Hidroponik untuk mengisi masa lapang, disyorkan untuk menggunakan sistem wick / sumbu kerana ianya mudah dan murah.

3. Medium yang diperlukan
Untuk menanam hidroponik ia memerlukan medium untuk menyokong tanaman antaranya rockwool, cocopeat, sekam bakar dan lain-lain. Anda juga boleh membeli starter kit untuk sistem wick atau anda boleh membuatnya sendiri.

4. Nutrisi Hidroponik
Nutrisi hidroponik sangat penting untuk tumbesaran tanaman. Tanpa nutrisi hidroponik, tanaman tidak akan membesar dengan subur. Anda boleh membeli kerana ianya lebih murah berbanding dengan membuatnya sendiri. 

5. Pemeliharaan
Apabila semua langkah diatas telah disiapkan, anak pokok yang telah disemai selama 2 minggu boleh mula dipindahkan kepada medium yang disediakan untuk tanaman Hidroponik. Pastikan nutrisi yang dibekalkan sesuai dengan tanaman supaya tumbesarannya di tahap optimal.

Contoh Kaedah Penanaman Hidroponik



 KAWALAN SERANGGA 

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna. Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelakkan serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun serangga perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan  hasil dipetik  selepas seminggu dari semburan. 


Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakkan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk aedes membiak dan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Teknologi hidroponik membolehkan tanaman salad spesis tanah tinggi atau yang memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di Malaysia. Spesis tanaman seperti tomato, cili, dan terung kebiasaanya diimport dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh itu, pelaburan dalam hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan perbelanjaan import. Kerajaan diharapkan agar dapat memainkan peranan yang positif dalam memajukan aktiviti ini.



APA ITU MEDIUM SOKONGAN?

Medium sokongan adalah berfungsi untuk membantu tanaman untuk lebih kukuh. Selalunya tanaman yang besar seperti cili, tomato dan terung memerlukan medium sokongan untuk membantu ia teguh kerana tanaman-tanaman tersebut ialah spesis tanaman yang besar.

Pada awalnya, di Malaysia kita banyak menggunakan pasir, batu kerikil dan pecahan bata sebagai medium sokongan hidroponik. Selepas beberapa kajian, penggunaan pasir, batu kerikil dan pecahan bata tidak lagi digunakan.

Ciri-ciri medium sokongan :
ØBerupaya menyimpan kelembapan
ØSaliran yang baik
ØMempunyai ruang pengudaraan
ØTidak berbahaya pada tumbuhan
ØMudah didapati
ØTidak bertindak balas dengan larutan baja



LARUTAN BAJA AB

Baja hidroponik lebih dikenali sebagai baja AB atau baja XY. Baja AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh sebab itu baja hidroponik boleh dikatakan sebagai baja lengkap.

Unsur Nutrien yang terdapat di dalam Baja AB.
1.Nitrogen (N)
2.Fosforus (P)
3.Kalium (K)
4.Kalsium (Ca)
5.Magnesium (Mg)
6.Sulfur (S)
7.Manganese (Mn)
8.Kuprum (Cu)
9.Zink (Zn)
10.Molybdenum (Mo)
11.Boron (B)
12.Ferum (Fe)


Pembahagian baja A dan baja B ini ada sebabnya. Di dalam baja hidroponik ini terdapat kalsium nitrat, magnesium sulfat dan monokalium hidrogen fosfat. Ketiga-tiga sebatian ini apabila dicampurkan dengan air akan membentuk ion kalsium yang bercas positif, manakala ion sulfat dan ion fosfat bercas negatif. Pada kepekatan yang tinggi ion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat. Ini dapat dilihat secara fizikal dengan munculnya mendakan putih dalam larutan. Mendakan putih ini tidak dapat diserap langsung oleh tumbuhan. Oleh itu, tumbuhan akan kekurangan unsur nitrogen, fosforus, magnesium dan kalsium. Oleh sebab itu baja hidroponik dijadikan stok A dan B yang akan dilarut dan dicairkan sebanyak 100 kali untuk mengelakkan terjadinya mendakan tersebut.


Kedua-dua larutan nutrisi ini adalah larutan pekat dan ia perlu dicampurkan dengan air.
Ukuran campuran adalah sebagai berikut:
²larutan A - 5 ml
²larutan B - 5 ml
²air 1 liter

ØCampurkan ketiga-tiga bahan diatas, gaulkan sehingga sebati. Larutan nutrisi siap digunakan.